Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka teruskan momentum mengukuh minggu depan
  • BISNES

Ringgit dijangka teruskan momentum mengukuh minggu depan

Utusan Sarawak 21 hours ago

KUALA LUMPUR: Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran momentum itu didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai kedudukan fiskal AS.

“Gandingan USD/MYR telah melepasi tahap sokongan segera pada RM4.2624 dan tahap (rintangan) seterusnya (bagi ringgit) adalah RM4.0947.

“Ada kemungkinan ringgit akan terus mengukuh berikutan persepsi dolar AS yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Sidang kemuncak ASEAN pengaruhi prestasi ringgit

Seiring berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur pada 26-27 Mei, 2025, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes mengunjurkan ringgit diniagakan dalam asakan cabaran sederhana, memaparkan kelemahan dolar AS serta kembalinya minat pertukaran asing dalam negara sedang pesat membangun.

“Sidang Kemuncak ASEAN itu mungkin bukan pengubah tetapi dapat mempengaruhi sentimen (terhadap ringgit). Perhimpunan pemimpin ini jarang memberi impak segera yang memacu pasaran, namun pelabur sebaliknya akan memantau aspek yang menjurus kepada penyatuan ASEAN yang lebih mendalam, langkah mengurangkan kebergantungan dolar AS atau yang selaras dengan objektif perdagangan Washington,” katanya.

Malah, katanya, sebarang nada sokongan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan serantau dan koridor perdagangan digital, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap ringgit.

“Pengumuman mengenai infrastruktur pembayaran digital merentas sempadan, hab logistik, atau pembiayaan peralihan tenaga dapat meningkatkan sentimen pelaburan langsung asing dan menyuntik optimisme jangka pendek terhadap ringgit.

“Namun, tanpa komitmen modal yang konkrit, ini tidak lebih daripada sekadar naratif,” katanya.

Innes turut menyifatkan kekuatan semasa ringgit sebagai paparan sokongan makro luaran yang menguntungkan tetapi bukan bercirikan mengubah.

“Ia didagangkan berdasarkan naratif lebih luas – dolar AS lebih lemah, kredibiliti fiskal AS yang semakin berkurangan dan kebangkitan semula peranan Malaysia dalam perdagangan teknologi.

“Sidang Kemuncak ASEAN mungkin dianggap sebagai platform menyuarakan pandangan, tetapi pada masa sama, ini adalah nadi makro global yang boleh memacu ringgit,” katanya.

Ringgit mengakhiri minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS pada paras 4.2285/2345 pada Jumaat daripada 4.2900/2980 seminggu sebelumnya.

Berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah, kecuali dengan euro yang mengukuh kepada 4.7985/8053 daripada 4.8022/8112 pada akhir minggu lepas.

Namun ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.9502/9546 daripada 2.9470/9527, rendah berbanding pound Britain kepada 5.7072/7153 daripada 5.7018/7125 seminggu lepas.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN, termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2891/2940 pada Jumaat daripada 3.3041/3105 seminggu sebelumnya.

Prestasi ringgit juga naik berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.66 dari 7.71/7.73 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 260.7/261.1 daripada 260.8/261.5.

Berbanding baht Thailand, ringgit susut kepada 12.9744/13.0012 daripada 12.9003/9318.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah dijangka diniagakan stabil minggu depan
Next: Emas didagangkan dalam jajaran kecil tetapi mengukuh minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.