Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka sekitar 4.10-4.15 berbanding dolar AS minggu depan
  • BISNES

Ringgit dijangka sekitar 4.10-4.15 berbanding dolar AS minggu depan

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit diunjur diniagakan dalam julat 4.10-4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangkaan anjakan peralihan berkaitan dasar monetari negara maju itu.

Kenanga Investment Bank Bhd menerusi nota tinjauannya, berkata pasaran juga tidak lagi menumpukan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) bertindak mengurangkan kadar faedah pada Disember ini.

Sebulan lepas, jangkaan itu melebihi 90 peratus namun turun kepada 70 peratus susulan Mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan AS (FOMC) baru-baru ini.

Ketidakpastian itu dicetuskan oleh Fed sendiri yang mengakui kabur mengenai realiti sebenar apabila berpandukan data inflasi lama yang hanya menjadikan kalangan penggubal dasar berpendirian lebih berhati-hati.

“Namun, kami masih menjangkakan pengurangan kadar faedah itu pada Disember dan disusuli dengan dua lagi tindakan sama pada 2026 apabila kesuraman pasaran tenaga kerja menjadi lebih ketara,” katanya.

Kenanga IB menyatakan bahawa biarpun wujud ketidakpastian dasar, asas ekonomi AS dilihat sebagai memadai untuk menjadikan dolar AS susut nilai yang sebaliknya membantu kestabilan ringgit dalam tempoh masa terdekat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit yang hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, hanya mencerminkan pandangan positif peniaga serta pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

“Bagi saya, peserta pasaran kekal positif terhadap prospek Malaysia. Data Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga 2025 yang baru diumumkan mencatat 5.2 peratus yang menepati unjuran awal.

“Dasar monetari dijangka kekal menyokong pertumbuhan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa mungkin kekal pada 2.75 peratus pada 2026,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga menyifatkan pemulihan fiskal ketika ini juga dijangka memberi impak positif terhadap kredit yang dapat menarik lebih banyak aliran masuk dana asing ke dalam bon kerajaan.

“Secara menyeluruh, ringgit kelihatan berada di landasan tepat bagi mengekalkan trajektori positifnya,” katanya.

Sebagai asas perbandingan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan ditutup lebih tinggi pada paras 4.1290/1345 berbanding 4.1735/1775 minggu lepas.

Ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Ini termasuk naik berbanding pound Britain kepada 5.4313/4385 daripada 5.4660/4713, menokok berbanding euro kepada 4.7983/8047 daripada 4.8154/8200 dan meningkat berbanding yen kepada 2.6690/6728 daripada 2.7192/7220 pada akhir urus niaga minggu lepas.

Berbanding mata wang rakan ASEAN, ringgit juga diniagakan meningkat.

Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1720/1765 daripada 3.2015/2048, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.1/247.5 daripada 250.0/250.4, meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.99/7.00 daripada 7.07/7.08 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.7356/7580 daripada 12.8999/9174 sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: BIMB serah zakat perniagaan RM915,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak
Next: Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.