Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka pada julat 3.43-3.45 berbanding dolar Singapura menjelang akhir tahun
  • BISNES

Ringgit dijangka pada julat 3.43-3.45 berbanding dolar Singapura menjelang akhir tahun

Utusan Sarawak 11 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit yang meningkat dengan ketara berbanding dolar Singapura dalam beberapa bulan lepas, diunjurkan terus stabil menjelang akhir tahun pada julat antara 3.43 hingga 3.45, kata seorang pakar ekonomi terkemuka hari ini.

Faktor yang meningkatkan permintaan terhadap ringgit termasuk pelaburan langsung asing yang mengalir ke Malaysia, khususnya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

“Terdapat daya tarikan positif terhadap ekonomi Malaysia terutamanya dalam pelaburan langsung asing.

“Pelbagai syarikat terkenal memasuki Malaysia dan JS-SEZ menimbulkan minat terhadap aset Malaysia,” katanya kepada Bernama bagi mengulas pengukuhan ringgit berbanding dolar Singapura.

Pada 20 Februari 2024, ringgit Malaysia melonjak kepada RM3.5682 berbanding dolar Singapura, pada masa ini, dua mata wang itu turun naik sekitar RM3.4868, mencerminkan kenaikan 2.3 peratus.

Mohd Afzanizam berkata usaha sinergi antara kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, memupuk persekitaran kondusif kepada penukaran mata wang asing yang lebih besar kepada ringgit Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata kemampanan lonjakan mata wang tempatan mungkin bergantung kepada faktor luaran terutamanya keputusan Rizab Persekutuan AS berhubung kadar faedah.

Laporan Gaji Bukan Ladang baru-baru ini, petunjuk utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) telah mendorong penilaian semula jangkaan mengenai pengurangan kadar faedah.

“Pendirian berhati-hati Rizab Persekutuan AS, didorong oleh pasaran buruh kukuh, mungkin menangguhkan sebarang potensi pelonggaran dasar monetari, justeru memberi kesan kepada mata wang global,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan jangkaan positif data eksport China
Next: Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.