Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka kekalkan trajektori pengukuhan, lepasi paras 3.95 minggu depan
  • BISNES

Ringgit dijangka kekalkan trajektori pengukuhan, lepasi paras 3.95 minggu depan

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengekalkan trajektori pengukuhan minggu depan dan berpotensi melepasi paras 3.95 dalam keadaan optimisme pelabur namun berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat, kata ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran kekal memberi tumpuan kepada perkembangan di Iran manakala gencatan senjata yang berterusan serta potensi pembukaan semula Selat Hormuz terus mempengaruhi sentimen.

“Pasaran juga akan memantau beberapa ucapan oleh pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai kesan konflik itu, selain data ekonomi terkini yang bercampur-campur,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran kekal dengan pelabur berhati-hati serta bertahan daripada membuat pegangan jangka panjang bagi ringgit sehingga rundingan damai antara AS dan Iran di Islamabad, Pakistan menunjukkan kemajuan yang ketara.

“Gencatan senjata itu dilihat sangat lemah, manakala tentangan Israel terhadap diplomasi baharu merumitkan usaha ke arah perjanjian yang lebih menyeluruh. Krisis ketenteraan berterusan di Lubnan juga berisiko memuncak semula, sekali gus menjadikan premium risiko Selat Hormuz tinggi.

“Kami menjangkakan ringgit didagangkan dalam julat 4.00 hingga 4.05, memandangkan skeptisisme geopolitik mengatasi kelegaan sementara. Pergerakan ke arah 3.95 adalah mungkin jika ketegangan terus reda,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Berasaskan minggu ke minggu, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama dan unit ASEAN, disokong oleh minat belian berterusan susulan optimisme dan sentimen berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS kepada 3.9625/9680 pada Jumaat daripada 4.0295/0350 pada akhir minggu dagangan lepas.

Unit a wang tempatan juga diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama minggu ini.

Mata wang domestik mengukuh berbanding pound British kepada 5.3248/3322 daripada 5.3326/3399 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4882/4918 daripada 2.5247/5285.

Ringgi lebih stabil berbanding euro kepada 4.6401/6465 daripada 4.6513/6576 minggu lepas.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara jiran ASEAN.

Unit dometik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1093/1139 daripada 3.1341/1389 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3289/3525 daripada 12.3585/3841.

Ringgit lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 231.6/232.0 daripada 237.2/237.7, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.60/6.62 daripada 6.68/6.71 minggu lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kos subsidi RON95 melonjak, semakan kedudukan kewangan dilihat wajar – Ahli Ekonomi
Next: Niaga Hadapan MSM dijangka dalam jajaran kecil minggu depan susulan aktiviti ambil untung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.