Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati
  • BISNES

Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati

Utusan Sarawak 7 months ago
RINGGIT dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 November 2024.

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 November 2024, kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Donald Trump, dan ini menunjukkan trajektori berpotensi menurun bagi ringgit, ke paras 4.50 berbanding dolar AS.

“Sebaliknya, kemenangan Kamala Harris boleh melonjakkan ringgit kerana Rizab Persekutuan AS berkemungkinan akan memperkenalkan semula pemotongan kadar faedah.

“Bagi ringgit, sukar mahu menjangkakan prestasinya dalam persekitaran pilihan raya ini. Malaysia telah menunjukkan daya tahan hasil eksport dan pelaburan yang kukuh, namun prospek 2025 sangat bergantung kepada keputusan pilihan raya AS,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding dolar AS pada minggu yang baru berakhir, terutamanya didorong oleh ketidaktentuan mengenai keputusan pilihan raya presiden AS.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.3780/3835 daripada 4.3405/3450 seminggu lepas.

Ia juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding euro, ditutup pada 5.6502/6573 pada Jumaat daripada 4.6977/7026 seminggu sebelumnya, tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.6502/6573 daripada 5.6348/6407 dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8652/8690 daripada 2.8554/8586 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit juga merosot berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.44/7.45 pada akhir minggu lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9103/9322 daripada 12.8425/8619 sebelumnya.

Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3054/3098 daripada 3.2870/2907 minggu lepas dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/278.7 daripada 277.3/277.8 sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: IPG bagi pekebun kecil tidak diaktifkan pada Oktober – LGM
Next: FBM KLCI susut di bawah paras sokongan utama 1,600

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.