Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar AS mengukuh
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar AS mengukuh

Utusan Sarawak 5 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun dolar AS dilihat ebagai mata wang selamat kekal kukuh dalam persekitaran sentimen mengelak risiko di pasaran.

Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4355 ketika ditutup, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata: “Dolar US dan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi selepas Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menetapi jangkaan sebelum ini.”

Beliau berkata, IHP AS November berada pada 2.7 peratus, lebih tinggi daripada 2.6 peratus bulan sebelumnya, sebaliknya IHP Teras kekal pada 3.3 peratus selama tiga bulan berturut-turut daripada 3.2 peratus pada Ogos, menunjukkan kadar inflasi kekal tiggi.

“Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menaikkan kadar faedah pada 2025. Mereka akan terus menurunkan kadar faedah kerana pendirian dasar monetari ketika ini masih berada dalam zon terhad.

“Bagaimanapun, mereka mungkin akan menurunkan Kadar Dana Fed (FFR) kerana risiko kenaikan inflasi jelas kelihatan dengan dasar Trump 2.0 mengenai tarif. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6498/6632 daripada 5.6389/6459, turun berbanding yen Jepun kepada 2.9083/9154 daripada 2.9013/9051, bagaimanapun, naik berbanding euro kepada 4.6493/6604 daripada 4.6515/6573 ketika ditutup, semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2951/3032 daripada 3.2937/2980  ketika ditutup, semalam, rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0817/1224 daripada 13.0640/0875 sebelum ini.

Ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.59/7.61, bagaimanapun, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.7 daripada 278.2/278.7 sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.