Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR BNM

Facebook
WhatsApp
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat. Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 3.9855/4.0050 berbanding dolar AS daripada paras 3.9920/9955 ketika ditutup pada Khamis. Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, had bulanan individu bagi pembelian BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat. Penyelarasan itu bagaimanapun tidak menjejaskan majoriti rakyat berikutan penggunaan purata adalah sekitar 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 27 -- The ringgit opened higher for the fourth consecutive day as the Malaysian government adopts a pragmatic approach to fuel subsidies by balancing between fiscal discipline and cost-of-living concerns amid West Asia tensions. At 8 am, the local currency strengthened to 3.9855/4.0050 against the greenback from Thursday’s close of 3.9920/9955. In a special address yesterday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that, effective April 1, the individual monthly limit for the purchase of BUDI95 will be temporarily adjusted to 200 litres per month from 300 litres per month previously, due to the ongoing conflict in West Asia. A majority of the people are not affected by the quota reduction, as consumers on average use about 100 litres per month and nearly 90 per cent consume less than 200 litres per month. --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ketika pelabur menantikan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan diumumkan hari ini.

Pada 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0385/4.0455 berbanding dolar AS 4.0435/4.0475 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan hari ini adalah kepada keputusan OPR oleh MPC, dengan bank pusat itu berkemungkinan besar mengekalkan kadar dasar pada 2.75 peratus.

Sementara itu, beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.12 peratus kepada 99.555 mata menjelang penerbitan data gaji bukan ladang (NFP) AS pada Jumaat.

Beliau berkata pasaran beberapa hari kebelakangan ini memberi tumpuan kepada ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Kevin Warsh pada Simposium Jackson Hole Jumaat lepas berkaitan inflasi, yang sekali gus memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah mungkin dipertimbangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Fed pada pertengahan September.

“Ini menyebabkan nilai ringgit mengalami pelarasan berbanding dolar AS,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit mengukuh sedikit hari ini, walaupun pergerakannya dijangka kekal dalam julat dagangan yang kecil.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4443/5.4537 daripada 5.4527/5.4581 pada Rabu dan meningkat sedikit berbanding euro kepada 4.6782/4.6863 daripada 4.6787/4.6834.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 2.5411/2.5456 daripada 2.5294/2.5321.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 227.3/227.8 daripada 227.6/227.9 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.45/6.47 daripada 6.46/6.47 ketika ditutup pada Rabu.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1764/3.1822 daripada 3.1739/3.1773 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.1660/12.1926 daripada 12.1321/12.1488 ketika ditutup pada Rabu. – Bernama