Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data pasaran buruh AS yang lebih kukuh terus menyokong mata wang tersebut.

Pada 8.00 pagi, ringgit naik kepada 4.1515/1645 berbanding dolar AS daripada 4.1565/1645 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan gaji bukan ladang AS terkini menunjukkan 119,000 pekerjaan diwujudkan pada September sekali gus mengatasi unjuran.

Beliau berkata kadar penyertaan yang lebih tinggi juga menunjukkan pasaran buruh AS masih berdaya tahan, gabungan faktor yang mungkin mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Disember ini.

“Walaupun data pasaran buruh yang positif dijangka terus menyokong dolar AS dalam jangka masa terdekat namun, kenaikan awal ringgit menunjukkan pasaran masih menilai semula tempoh dan tahap kemungkinan pengurangan kadar faedah AS pada 2026, terutama dengan pelantikan pengerusi baharu Fed pada Mei.

“Langkah pengurangan kadar faedah tidak diketepikan sepenuhnya. Persoalan di sini adalah masa dan kuantumnya. Pada masa ini, dolar AS dijangka kekal berada pada trajektori positif,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ringgit ditutup 0.24 peratus lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis namun, mungkin terus mendapat sokongan teknikal dalam jangka masa pendek, dengan dagangan dijangka berada dalam julat RM4.15 hingga RM4.17 hari ini.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6377/6461 daripada 2.6446/6498 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.7879/8029 daripada 4.7916/8008.

Mata wang domestik juga meningkat berbanding pound British kepada 5.4314/4484 daripada 5.4367/4472.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1751/1856 daripada 3.1809/1873 pada Khamis dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7856/8356 daripada 12.8093/8395.

Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 248.0/248.9 daripada 248.3/248.9 ketika ditutup semalam, dan lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.03/7.05 daripada 7.04/7.05.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah lawat STATOS perkukuh hubungan perdagangan Sarawak
Next: FBM KLCI turun pada awal dagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.