Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS ketika perdagangan AS-China tegang
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS ketika perdagangan AS-China tegang

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis dalam persekitaran ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2240/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2280/2325 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) menyusut 0.04 peratus kepada 98.897 mata berikutan isyarat ketidaktentuan perdagangan AS-China yang muncul semula, yang menyaksikan White House mempertimbangkan pilihan untuk mengehadkan eksport perisian genting.

“Pada masa sama, pentadbiran Presiden AS Donald Trump turut mengumumkan sekatan ke atas pengeluar minyak terbesar Rusia kerana kerajaan Rusia kurang memberikan komitmen untuk menamatkan perang di Ukraine.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka memperlihatkan momentum positif hari ini dengan dolar-ringgit kemungkinan bergerak pada sekitar 4.21 dan 4.22,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7791/7859 daripada 2.7849/7880 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.6386/6520 daripada 5.6309/6368 dan rendah berbanding euro kepada 4.9024/9140 daripada 4.9019/9072 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2540/2619 daripada 3.2556/2593 ketika ditutup pada Rabu dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 254.6/255.4 daripada 254.9/255.3 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8647/9050 daripada 12.8573/8769, dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.23/7.25 berbanding ketika ditutup semalam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan negara ASEAN
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah namun meningkat kemudiannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.