Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada hari ini berikutan perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0730/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0785 semasa ditutup pada Jumaat lepas.  

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kemungkinan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang kepada pengukuhan mata wang tempatan.

“Ringgit telah mencatatkan prestasi yang amat baik berbanding dolar AS dan mata wang serantau lain dalam beberapa minggu ini. Kedudukan yang dinamik itu akan terus mempengaruhi pergerakan mata wang dolar AS–ringgit hari ini,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya ringgit dilihat berada dalam keadaan terlebih beli menunjukkan peniaga dan pelabur mungkin memilih untuk merealisasikan keuntungan.

Oleh itu, beliau menjangka dolar AS–ringgit akan diniagakan dalam jajaran kecil hari ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5839/5912 daripada 2.5909/5940, naik berbanding pound kepada 5.4489/4636 daripada 5.4514/4574 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7691/7820 daripada 4.7715/7767 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1505/1595 daripada 3.1515/1553, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 243.1/243.9 daripada 243.2/243.6, tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.93/6.96 daripada 6.94/6.95, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9643/13.0060 daripada 12.9428/9620.

-BERNAMA

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sarawak perhalusi import dan eksport padi, Lembaga Padi bakal ditubuhkan
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.