Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.

Pada 8.00 pagi, ringgit naik kepada 4.2230/2450 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2365 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beliau menjangkakan ringgit akan mengekalkan prestasi positifnya hari ini, bagaimanapun ketidaktentuan tarif AS akan terus menjejaskan sentimen pasaran.

Petunjuk daripada pegawai AS tidak menentu dan tidak menyakinkan, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent menunjukkan bahawa pentadbiran Trump lebih mementingkan kualiti perjanjian perdagangan berbanding tempoh masa pelaksanaan tarif.

“Pelbagai kenyataan dikeluarkan mengenai pelan tarif, ini bermakna skop rundingan terbuka secara meluas,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang baik pada separuh pertama 2025 dan langkah awal Bank Negara Malaysia untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), ditambah dengan dasar fiskal mengembang akan membantu menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada separuh kedua.

Walaupun prospek kekal mencabar, prospek pertumbuhan untuk Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, katanya.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata jurang lebih luas antara ringgit dan dolar AS pagi ini mencerminkan dua faktor utama, salah satunya adalah pemantauan terhadap pembukaan harga saham Tokyo selepas pilihan raya berlangsung pada hujung minggu dan cuti pada Isnin, perkembangan yang boleh mencetuskan pergerakan dalam yen jika hasil Bon Kerajaan Jepun (JGB) bertindak balas.

“Kecairan secara bermusim dijangka berlaku dalam jumlah yang kecil di seluruh pasaran pertukaran asing yang lebih luas, menguatkan andaian mengenai sebarang perubahan dipengaruhi keadaan semasa,” katanya.

Innes berkata ringgit kekal kukuh dalam persekitaran kelemahan dolar AS selepas Bessent menggesa kajian semula Rizab Persekutuan AS, mencetuskan kebimbangan baharu mengenai kebebasan bank pusat AS.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8638/8789 daripada 2.8612/8644, turun berbanding euro kepada 4.9371/9628 daripada 4.9277/9330.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6951/7248 daripada 5.6954/7015 ketika ditutup pada Isnin.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2969/3146 daripada 3.2990/3028 dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 258.7/260.1 daripada 259.2/259.6.

Ia jatuh berbanding baht Thailand kepada 13.0986/1750 daripada 13.0754/0954 dan naik berbanding pesoo Filipina kepada 7.38/7.42 daripada 7.40/7.41 sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Projek Perintis di Sibu-Kanowit percepat proses lesen perniagaan Sarawak
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.