Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 6 months ago
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) selepas mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) selepas mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4650/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pilihan Kabinet bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik perhatian ramai.

Beliau berkata pelantikan Scott Bessent, pengurus dana lindung nilai sebagai Setiausaha Perbendaharaan dilihat mengurangkan keyakinan terhadap agenda dasar 2.0 Trump.

“Beliau mungkin dilihat mahu memastikan pasaran kewangan beroperasi dengan teratur dan memberi perhatian terhadap defisit fiskal yang meningkat mungkin menjadi keutamaannya.

“Oleh itu, ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berikutan DXY mengalami pembetulan susulan kenaikan mendadak selepas pilihan raya presiden AS pada 5 Nov,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.6223/6368 daripada 5.5870/5932 minggu lepas, merosot berbanding euro kepada 4.6793/6914 daripada 4.6455/6507 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.8965/9044 daripada 2.8906/8942 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3244/3335 daripada 3.3101/3141 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9608/13.0048 daripada 12.9068/9276.

Ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.60 daripada 7.58/7.59 dan berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/282.1 daripada 281.2/281.7 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia teruskan momentum minggu lepas
Next: Keuntungan bersih Petronas Dagangan naik kepada RM335.13 juta 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.