Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS, sentimen kekal waspada
  • BISNES

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS, sentimen kekal waspada

Utusan Sarawak 9 hours ago
FOTO Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila para pelabur masih berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang dijangka diumumkan malam ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2360/2565 berbanding dolar AS daripada 4.2390/2475 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata para pelabur akan terus berwaspada dan memantau dengan teliti keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC).

Beliau berkata ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat mungkin mempengaruhi FOMC untuk membuat keputusan bagi mengurangkan kadar faedah dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

“Nampaknya perbincangan mengenai pengurangan kadar faedah telah dicabar oleh perkembangan terkini di Asia Barat.

“Ini memandangkan risiko kadar inflasi yang lebih tinggi boleh mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk lebih berhati-hati dalam melaksanakan pengurangan Kadar Dana Persekutuan selanjutnya tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9133/9276 daripada 2.9271/9332 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding pound British kepada 5.6885/7161 daripada 5.7413/7528.

Mata wang domestik juga lebih stabil berbanding euro kepada 4.8638/8873 daripada 4.8986/9084.

Ringgit turut meningkat berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 260.0/261.4 daripada 260.2/260.8 semalam, dan lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.51 daripada 7.48/7.49.

Mata wang tempatan lebih kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2924/3088 daripada 3.3068/3137 ketika ditutup semalam namun susut berbanding baht Thailand kepada 12.9875/13.0592 daripada 13.0114/0443.- Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Petronas LNG terus urus ketidaktentuan pasaran, pastikan penghantaran dipercayai – CEO
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi namun alami penurunan selepas itu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.