Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah susulan permintaan terhadap dolar AS meningkat
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah susulan permintaan terhadap dolar AS meningkat

Utusan Sarawak 1 year ago
PADA 9.05 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.7360/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7350 pada akhir urus niaga Rabu.

KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini selepas permintaan terhadap mata wang negara maju itu meningkat, didorong oleh angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan ekonomi AS tumbuh 2.5 peratus pada 2023, peningkatan ketara daripada 1.9 peratus pada 2022.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.7360/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7350 pada akhir urus niaga Rabu.

Pasaran ditutup semalam bersempena cuti Thaipusam.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, di sebalik persepsi bahawa prestasi ekonomi AS yang kukuh akan meningkatkan lagi dolar AS, kesan keseluruhannya terhadap pasaran mungkin tidak ketara bagi tempoh selepas itu.

“Pasaran pertukaran asing (FX) lebih menumpukan data-data kritikal seperti harga, terutamanya menjelang  pengumuman maklumat seperti Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras AS hari ini dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Januari yang dijangka diumumkan pada 13 Februari depan.

“Jangkaan bagi PCE teras untuk Disember kekal terkawal dengan unjuran kenaikan 0.2 peratus bagi bulan ke bulan, seiring dengan keutamaan Rizab Persekutuan AS terhadap metrik inflasi,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, jelas Innes, pengumuman angka IHP Januari pada awal Februari akan turut menyuntik risiko selanjutnya dalam pasaran.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0166/0217 daripada 6.0343/0433 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1343/1386 daripada 5.1540/1616 pada Rabu.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2091/2120 daripada 3.2043/2093, sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean, ringgit diniagakan lebih mengukuh.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.5322/5355 daripada 3.5331/5386 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.2379/2576 daripada 13.2493/2745, sebelum ini.

Malah, ia juga mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.39/8.41 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/299.6 daripada 300.9/301.4, sebelum ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, kekal sekitar paras 1,500
Next: Kenaikan kukuh Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan, FBM KLCI kekal di atas 1,500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.