Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
  • BISNES
  • TEMPATAN

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0600/0680 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0600 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) telah meningkat sebanyak 0.29 peratus kepada 99.152 mata dalam persekitaran risiko geopolitik semakin memuncak, susulan protes di Iran terus menarik perhatian pentadbiran Donald Trump.

Ini menunjukkan potensi campur tangan daripada AS kemungkinan besar akan berlaku, katanya kepada Bernama.

“Pada masa sama, data makroekonomi di AS juga menunjukkan bahawa kadar inflasi utama pada bulan Disember kekal pada 2.7 peratus, manakala kadar inflasi teras menyederhana kepada 2.6 peratus.

Bagaimanapun, memandangkan kadar inflasi kekal jauh melebihi sasaran 2.0 peratus, Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan mengekalkan kadar penanda aras yang stabil dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang, pada akhir bulan ini,” katanya.

Beliau berkata ia mungkin mencetuskan ketegangan antara Fed AS dan pentadbiran Trump.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5499/5551 daripada 2.5521/5551 ketika ditutup semalam, menokok berbanding euro kepada 4.7267/7360 daripada 4.7344/7396 dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4506/4613 daripada 5.4676/4737 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1495/1562 daripada 3.1511/1549 ketika ditutup pada Selasa dan menambah berbanding baht Thailand kepada 12.8697/9008 daripada 12.8840/12.9036.

Namun ia merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 240.5/241.1 daripada 240.3/240.6 semalam dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 6.84/6.86 daripada 6.83/6.84 sebelum itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: AirBorneo berteraskan konsep ‘people first’, tambang berdasarkan kos operasi – Abang Johari
Next: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 1,631 masih ditempatkan di PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.