Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaraan gaji bukan ladang
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaraan gaji bukan ladang

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUALA LUMPUR:  Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dipengaruhi oleh peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) ketika pasaran global akan memberi tumpuan terhadap pengumuman pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini.

Pada 8.00 pagi ini, ringgit turun kepada 4.0650/0750 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0650 ketika ditutup semalam.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata berkata pengukuhan dolar AS didorong oleh sokongan hasil dan bukannya penghindaran risiko, hasil Perbendaharaan AS masih berlegar dalam julat 4.1–4.2 peratus, pasaran sedang menjangkakan kelembapan ekonomi yang terkawal berbanding kejutan terhadap pertumbuhan.

“Minggu dagangan penuh pertama tahun 2026 bermula dengan kukuh tetapi momentum telah terganggu oleh peningkatan ketidakpastian geopolitik, mendorong putaran taktikal ke dalam mata wang selamat.

“Peralihan tersebut telah membebankan pertukaran mata wang asing Asia yang mempunyai turun naik tinggi, menyebabkan ringgit terpaksa bertahan buat masa ini walaupun sentimen risiko global sebenarnya masih positif.”

Beliau berkata dengan dinamik buruh AS yang kini dibentuk oleh kawalan imigresen yang lebih ketat dan pertumbuhan bekalan buruh lebih perlahan, angka senarai gaji yang sederhana tidak lagi dilihat sebagai kemelesetan dan ini menjelaskan mengapa Tinjauan Tawaram Pekerjaan dan Jumlah Tenaga Kerja AS (JOLTS) baru-baru ini dan data pekerjaan ADP gagal menggerakkan pasaran secara material.

“Sebaliknya, tumpuan pelabur telah beralih kepada kadar pengangguran yang akan menentukan sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS boleh terus menangguhkan,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5907/5972 daripada 2.5888/5935 ketika ditutup pada Khamis dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4613/4748 daripada 5.4535/4630, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada  4.7386/7502 daripada 4.7389/7471 semalam.

Unit tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.9/242.6 daripada 241.5/242.1 ketika ditutup pada Khamis dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1627/1710 daripada 3.1602/1659 semalam.

Ringgit berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9265/9645 daripada 12.8731/9007 dan menguncup berbanding peso Filipina kepada 6.86/6.89 daripada 6.85/6.87 sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfiriti – Loke
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan momentum belian bertambah baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.