Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ketika faedah AS turun
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ketika faedah AS turun

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS  untuk menurunkan kadar faedah penanda aras sebanyak 25 mata asas.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.1943/1988 berbanding 4.1860/1900 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku dalam mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit selepas Indeks Dolar AS meningkat 0.25 peratus kepada 96.873 mata.

Beliau berkata ringgit telah meningkat sebanyak 0.35 peratus untuk ditutup kepada RM4.1880 berbanding dolar AS pada Rabu.

“Gandingan dolar AS-ringgit dijangka bergerak antara RM4.19 dan RM4.20 memandangkan Fed telah memberi isyarat bahawa penurunan kadar faedah akan dilaksanakan secara beransur-ansur,” katanya kepada Bernama.

Fed telah menurunkan kadar faedah penanda arasnya dalam mesyuarat bagi September pada Rabu, penurunan pertama sejak Disember 2024, dan memberi petunjuk bahawa pengurangan selanjutnya dijangka berlaku sebelum akhir tahun ini. 

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 2.8522/8585 daripada 2.8607/8636 semasa ditutup pada Rabu tetapi menyusut kepada 5.7156/7217 berbanding pound Britain daripada 5.7131/7185 dan rendah berbanding euro kepada 4.9589/9642 daripada 4.9583/9631 sebelum ini.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit turut diniagakan rendah kecuali berbanding baht Thailand.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1826/2050 daripada 13.1892/2081 semalam, menyusut kepada 3.2822/2860 berbanding dolar Singapura daripada 3.2793/2827, rendah kepada 255.1/255.5 berbanding rupiah Indonesia daripada 254.6/255.0 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.38 berbanding 7.36/7.37 pada Jumaat lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir setahun berbanding dolar AS
Next: Aktiviti pemgambilan untung di Wall Street beri impak kepada bursa Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.