Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS ekoran tekanan DXY
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS ekoran tekanan DXY

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ekoran tekanan daripada Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih kukuh apabila pasaran menilai semula dasar monetari AS susulan data pekerjaan yang lemah, kata ahli ekonomi.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0750/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0765 ketika ditutup Jumaat lalu.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata data guna tenaga bukan ladang AS yang kurang memberangsangkan telah mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedah bulan ini.

Guna tenaga bukan ladang AS mencecah 50,000 pekerjaan pada Disember 2025, turun daripada 56,000 pada November, dan angka itu tidak menepati jangkaan pasaran sebanyak 60,000 pekerjaan.

“Bagi ringgit, keadaan itu menimbulkan tekanan jangka masa pendek susulan kelebihan kadar faedah AS yang tinggi buat sementara waktu, walaupun asas domestik dan luaran Malaysia kekal utuh. Pergerakan ini mencerminkan dinamik kadar global dan bukannya sebarang tekanan tempatan,” katanya kepada Bernama.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5768/5833 daripada 2.5805/5848 ketika ditutup Jumaat lepas, dan naik berbanding euro kepada 4.7376/7492 daripada 4.7383/7459.

Bagaimanapun, mata wang domestik turun berbanding pound British kepada 5.4581/4714 daripada 5.4579/4666.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik susut berbanding rupiah Indonesia kepada 242.2/242.9 daripada 241.9/242.4 ketika ditutup Jumaat lepas, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1650/1731 daripada 3.1629/1682.

Ringgit juga rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9992/13.0382 daripada 12.9474/9738 namun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.87/6.90 daripada 6.87/6.88. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar 20,000 hektar empat tanaman utama menjelang 2030
Next: Bursa Malaysia tinggi semasa awal dagangan, KLCI kekal di atas paras 1,680

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.