Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.4700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran kekal tidak menentu dengan trajektori pengurangan kadar faedah AS ketika dasar penggal kedua Donald Trump terus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi sekitar 106 mata berikutan ketiadaan pemangkin atau data ekonomi AS yang penting semalam,” katanya kepada Bernama. 

Di peringkat tempatan, ringgit meningkat sedikit semalam berbanding dolar AS namun mencatat pengukuhan agak ketara berbanding mata wang Asia. 

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama. 

Ini termasuk mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6568/6694 daripada 5.6620/6690 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.7136/7242 daripada 4.7178/7236, semalam. 

Ringgit, bagaimanapun, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8785/8853 daripada 2.8696/8733 sebelum ini. 

Selain itu, ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding mata wang serantau. 

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit susut nilai kepada 281.6/282.4 daripada 281.5/282.0, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3291/3368 daripada 3.3290/3333 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8997/9375 daripada 12.8679/8889, sebelum ini.

Ringgit, bagaimanapun, hampir tidak berubah berbanding peso Filipina di paras 7.58/7.60 daripada 7.58/7.59 pada akhir urus niaga, semalam. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Next: Harga runcit RON97, RON95, Diesel kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.