Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka dagangan dalam jajaran kecil untuk mata wang tempatan, dengan tumpuan beralih kepada sasaran defisit fiskal kerajaan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2026 pada minggu ini.

Pada 8.08 pagi, ringgit merosot kepada 4.2110/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2055/2125 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar pertukaran dolar AS-ringgit (USDMYR) dijangka berada dalam julat antara RM4.21 dan RM4.22 hari ini berikutan pasaran kekal berhati-hati menjelang pengumuman Belanjawan 2026 pada Jumaat ini.

“Tumpuan adalah pada pembentangan Belanjawan 2026 pada minggu ini. Kami menjangka kerajaan akan mengekalkan disiplin fiskal dengan pengurangan defisit belanjawan seterusnya pada tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peruntukan belanjawan dijangka kekal stabil dengan terus menyokong permintaan domestik melalui aktiviti penggunaan dan pelaburan.

Katanya sentimen secara keseluruhannya dijangka positif terhadap ringgit berikutan kerajaan kekal komited terhadap langkah berhemat fiskal selain mengimbangi keperluan untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Pada sesi dagangan awal, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.9336/9418 daripada 4.9360/9442 semasa ditutup pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.6571/6665 daripada 5.6577/6671 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8158/8206 daripada 2.8537/8586 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0005/0282 daripada 12.9807/13.0084 semasa ditutup pada Jumaat lepas, berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/254.7 daripada 253.9/254.4 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.27/7.29 daripada 7.26/7.28 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2598/2657 daripada 3.2621/2678.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: GSF: KPWKM sedia tawar bantuan kaunseling kepada peserta misi dan keluarga
Next: Niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.