Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS dipacu sentimen positif
  • BISNES

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS dipacu sentimen positif

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong peningkatan sentimen pasaran dan keyakinan pelabur terhadap kemajuan rundingan AS dan Iran.

Pada 8.00 pagi ni, ringgit mengukuh kepada 3.9635/9705 berbanding dolar AS daripada paras 3.9655/9700 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Laporan menyatakan AS dan Iran dalam proses perbincangan mengenai satu perjanjian yang berpotensi mendorong pembukaan semula Selat Hormuz – laluan utama penghantaran minyak dunia yang mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak global.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.25 peratus kepada 98.987 mata manakala indeks niaga hadapan ekuiti seperti S&P 500 meningkat 0.61 peratus kepada 7,536.50 mata.

Perkembangan itu, katanya, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang dijangka terus ketara dalam kalangan pedagang dan pelabur pada hari ini.

Selain itu, harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent masing-masing susut melebihi lima peratus kepada AS$91.75 setong dan AS$98.33 setong.

“Berikutan itu, ringgit dijangka terus mengukuh susulan keadaan sentimen pasaran yang dilihat semakin baik dan kemungkinan menyaksikan pergerakan ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS .

“Prestasi petunjuk makroekonomi yang lebih baik seperti peningkatan lebihan akaun semasa serta pengurangan defisit fiskal pada suku pertama 2026, juga menunjukkan risiko untuk Malaysia menjadi ekonomi dengan defisit berkembar adalah rendah,” katanya kepada Bernama.

Sewaktu pasaran dibuka, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk turun berbanding yen Jepun kepada 2.4934/4980 daripada 2.4925/4954, susut berbanding pound Britain kepada 5.3432/3526 daripada 5.3245/3305 sebelum ini dan rendah berbanding euro kepada 4.6143/6225 daripada 4.6012/6064 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.1030/1090 daripada 3.0985/1023 pada penutupan Jumaat, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.1954/2248 daripada 12.1304/1468, namun mencatat pengukuhan kecil berbanding rupiah Indonesia kepada 223.7/224.2 daripada 223.8/224.1 sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.42/6.44.-Bernama

Continue Reading

Previous: MSM cenderung menurun minggu depan menyusul kelemahan dalam minyak mentah
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.