Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS didorong sentimen lebih baik
  • BISNES

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS didorong sentimen lebih baik

Utusan Sarawak 6 hours ago
MATA wang tempatan mengukuh kepada 3.9195/9315 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 semasa ditutup semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen global yang lebih baik apabila pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan dalam pasaran minyak.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9195/9315 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.65 peratus kepada 99.712 manakala minyak mentah Brent berkurangan 2.84 peratus kepada AS$100.21 setong.

“Langkah oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) untuk mengeluarkan minyak daripada rizab petroleum strategik dengan gesaan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya negara lain membantu memastikan laluan kapal selamat melalui Selat Hormuz memberi gambaran bahawa bekalan minyak dijangka baik dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata prospek yang lebih baik itu turut mendorong kenaikan ekuiti AS semalaman, dengan indeks utama seperti S&P 500 dan Nasdaq meningkat lebih satu peratus.

Mengenai perkembangan lain, katanya peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan selama dua hari yang bermula malam ini untuk mendapatkan panduan terkini mengenai prospek ekonomi AS dan unjuran suku tahunan oleh Rizab Persekutuan.

“Semalam, ringgit ditutup dengan mencatatkan kenaikan 0.26 peratus berbanding dolar AS.

Bagaimanapun, ketidaktentuan pasaran masih tinggi.

“Oleh itu, dolar AS–ringgit dijangka diniagakan pada RM3.92 hingga RM3.94 hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama dan kebanyakan mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4629/4706 daripada 2.4639/4672 semasa ditutup pada Isnin, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.2176/2336 daripada 5.2008/2074 dan rendah berbanding euro kepada 4.5066/5204 daripada 4.4945/5002.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0659/0756 daripada 3.0650/0692 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.1062/1530 daripada 12.0644/0857.

Ringgit tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 230.5/231.4 daripada 230.9/231.3 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.54/6.57 daripada 6.55/6.56 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga minyak dunia naik lagi, minyak mentah Brent cecah AS$106 setong
Next: Pos Malaysia jangka lonjakan bungkusan raya hingga 20 peratus, tudung antara terbanyak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.