Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS susulan sentimen pasaran lebih positif
  • BISNES

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS susulan sentimen pasaran lebih positif

Utusan Sarawak 6 hours ago
MATA wang tempatan mengukuh kepada 3.9420/9605 berbanding dolar AS daripada paras 3.9590/9655 ketika ditutup semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS hari ini, disokong sentimen risiko yang semakin baik, walaupun pasaran global kekal berhati-hati susulan konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9420/9605 berbanding dolar AS daripada paras 3.9590/9655 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran ekuiti AS pulih, manakala hasil bon Perbendaharaan AS menurun dan harga minyak mentah Brent susut di bawah AS$100 setong selepas Presiden AS Donald Trump berkata perang di Iran mungkin berakhir tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sejauh mana janji tersebut dapat bertahan, namun pasaran ekuiti tetap mencatat kenaikan.

“Kalangan negara G7 turut berbincang mengenai kemungkinan melepaskan rizab minyak strategik, yang mencerminkan kebimbangan terhadap potensi kesan perang di Iran ke atas ekonomi masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata ringgit ditutup rendah 0.36 peratus berbanding dolar AS pada paras RM3.9623 pada Isnin, manakala Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 99.175 mata.

“Penurunan harga minyak Brent adalah perkembangan positif, namun persoalan utama ialah sejauh mana penurunan itu dapat dikekalkan. Sementara itu, Iran telah pun melantik Pemimpin Tertinggi baharu dan pendirian tegas terhadap peperangan berkemungkinan akan diteruskan.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam julat sempit hari ini,” katanya.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun, apabila ia mengukuh kepada 2.4967/5086 daripada 2.4992/5035 ketika ditutup semalam.

Ringgit turut susut berbanding pound Britain kepada 5.2910/3158 daripada 5.2809/2896 dan merosot berbanding euro kepada 4.5786/6001 daripada 4.5738/5813 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang ASEAN, namun menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.4095/4787 daripada 12.3345/3617 semalam.

Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.66 daripada 6.65/6.67, meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0910/1058 daripada 3.0925/0978, serta naik berbanding rupiah Indonesia kepada 232.5/233.7 daripada 233.5/234.0 sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga minyak global melambung, pasaran saham merosot susulan ketegangan di Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.