Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rindok-Rindok Raya Saberkas platform eratkan hubungan akar umbi
  • Tengah
  • WILAYAH

Rindok-Rindok Raya Saberkas platform eratkan hubungan akar umbi

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Meradong bergambar bersama yang lain semasa kunjungan Aidilfitri ke kediaman ahli-ahli Saberkas Unit Melayu, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Semangat Aidilfitri terus disemarakkan melalui program Rindok-Rindok Raya Saberkas yang mengeratkan hubungan antara ahli dan kepimpinan Saberkas Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah mengadakan lawatan ke rumah ahli-ahli Saberkas Unit Melayu di sekitar kawasan Meradong pada Aidilfitri hari keempat, semalam.

Program tersebut merupakan antara inisiatif berterusan bagi memperkukuh hubungan silaturahim antara kepimpinan dan ahli Saberkas di peringkat akar umbi dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan.

ADUN Meradong bergambar bersama yang lain semasa kunjungan Aidilfitri ke kediaman ahli-ahli Saberkas Unit Melayu, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

Koung Hiing turut meluangkan masa beramah mesra dengan ahli-ahli Saberkas selain mendengar sendiri pandangan dan perkembangan semasa komuniti setempat.

Katanya, program ini memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan ahli Saberkas.

“Program lawatan seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi, malah menjadi platform penting untuk memupuk semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

ADUN Meradong bergambar bersama yang lain semasa kunjungan Aidilfitri ke kediaman ahli-ahli Saberkas Unit Melayu, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Saya amat menghargai komitmen ahli Saberkas Unit Melayu yang sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh keharmonian di kawasan Meradong,” katanya.

Tambahnya, penglibatan aktif ahli Saberkas dalam program kemasyarakatan mencerminkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dan komitmen berterusan terhadap pembangunan komuniti setempat.

“Sambutan Aidilfitri merupakan peluang terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat selain memperkukuh nilai perpaduan dalam kalangan komuniti berbilang kaum,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Helmi Morsili dan Ley Chee Hua; Timbalan Setiausaha Saberkas Cawangan Meradong, Azmi Tambi; Pengerusi Unit Melayu Saberkas Cawangan Meradong, Abang Husen Yusop dan Timbalan Bendahari Saberkas Cawangan Meradong, Esther Jong Hui Li.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kesesakan sempadan utara Sarawak memuncak hari keempat Aidilfitri
Next: Kunjungan Rundi meriahkan Aidilfitri, eratkan hubungan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.