Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • RIMUP bentuk sahsiah, perpaduan murid sekolah rendah Sarawak
  • PENDIDIKAN

RIMUP bentuk sahsiah, perpaduan murid sekolah rendah Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
ALBUM… Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom rakam kenangan bersama ibu bapa pelajar pada majlis Inspirasi Harmoni Bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Tellingai, Suai, semalam.

NIAH: Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah rendah Sarawak dilihat penting dalam memupuk perpaduan, kerjasama dan keharmonian antara murid berbilang kaum.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, program ini turut membantu melahirkan generasi berkualiti serta menekankan kepentingan pendidikan, disiplin dan sahsiah.

“Kita perlu bekerjasama, kita perlu perpaduan yang erat. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak dididik dengan baik, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga disiplin dan sahsiah diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Inspirasi Harmoni Bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Tellingai, Suai, semalam.

Dr. Stephen turut mengumumkan inisiatif Gabungan Parti Sarawak (GPS) menawarkan yuran percuma di universiti milik kerajaan Sarawak bermula 2026, khususnya dalam bidang teknikal dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau menggesa ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terus menyokong sekolah serta memantau anak-anak agar tidak terjebak gejala sosial demi melahirkan aset negeri pada masa depan.

Turut hadir Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh Thadeus Ling Bartholomew Allu, Guru Besar SK Batu Tellingai Bakir Jatan serta Yang Dipertua PIBG SK Batu Tellingai, Tuai Rumah Bakom Ligong.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Lebih 19,000 guru bersara awal sejak 2022, kebanyakan hilang minat
Next: Isu SK Haji Bollah Kaba terima perhatian, projek naik taraf perlu disegerakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.