Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rifqi Rosidi raih emas dan perak di Kejohanan Taekwon-Do
  • SUKAN

Rifqi Rosidi raih emas dan perak di Kejohanan Taekwon-Do

Utusan Sarawak 2 days ago
RIFQI Rosidi, berjaya meraih pingat emas dalam acara jurus dan pingat perak dalam acara tempur kawalan kategori 17 tahun ke atas pada Kejohanan Seni Bela Diri Taekwon-Do (MATCH) 2025 di SJKC Sam Chai, Ipoh, Perak pada 30 hingga 31 Ogos lalu.

MUKAH: Nama Politeknik Mukah kembali harum di persada sukan apabila salah seorang pelajarnya, Rifqi Rosidi, berjaya meraih pingat emas dalam acara jurus dan pingat perak dalam acara tempur kawalan kategori 17 tahun ke atas pada Kejohanan Seni Bela Diri Taekwon-Do (MATCH) 2025 di SJKC Sam Chai, Ipoh, Perak pada 30 hingga 31 Ogos lalu.

Kejohanan tahunan itu menghimpunkan lebih 1,000 atlet terbaik dari seluruh negara dan menyaksikan Rifqi, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM3A), tampil cemerlang dengan aksi penuh disiplin dan semangat juang tinggi.

Menurut Rifqi, kejayaan tersebut adalah hasil daripada latihan intensif yang telah dijalaninya sejak awal tahun. 

“Latihan yang berterusan dan sokongan moral daripada keluarga, jurulatih serta rakan-rakan menjadi pendorong utama kejayaan ini,” katanya.

Beliau berlepas ke Ipoh pada 28 Ogos lalu dengan diiringi jurulatihnya, Zaidi Morsidi dari Kelab MGTF Sarawak. 

Politeknik Mukah turut memberi sokongan penuh termasuk pelepasan kuliah, manakala pakaian rasmi seperti dubok, jaket, kemeja T dan seluar trek ditaja oleh Dato Hanifah Hajar Taib.

Kejayaan Rifqi bukan sahaja mencerminkan ketekunannya berlatih, tetapi juga keupayaannya mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan minat dalam bidang sukan.

Politeknik Mukah dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian Rifqi dan berharap lebih ramai pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik kuliah untuk mengasah bakat serta membina jati diri.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Harga tiket Piala Dunia 2026, antara RM253 hingga setinggi RM28,000 sekeping
Next: Belanda lepaskan deretan peluang depan gol, terikat 1-1 dengan Poland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.