Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut suria buka peluang saksikan aurora, risiko gangguan rangkaian komunikasi
  • GLOBAL

Ribut suria buka peluang saksikan aurora, risiko gangguan rangkaian komunikasi

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

WASHINGTON: Paparan cahaya aurora yang menakjubkan di kawasan berlatitud rendah dijangka sekali lagi dapat disaksikan antara semalam hingga hari ini susulan aktiviti suria yang kuat namun fenomena itu turut membawa risiko gangguan terhadap rangkaian komunikasi.

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), kejadian luar biasa yang bermula awal minggu ini dijangka berterusan sehingga hari ini.

Fenomena tersebut, yang dapat dilihat di langit New Zealand dan Australia semalam, berpunca daripada letusan besar zarah suria dari Matahari dikenali sebagai coronal mass ejection (CME) yang mencetuskan ribut geomagnet apabila tiba di Bumi.

NOAA memaklumkan bahawa ribut tahap empat daripada lima berlaku pada Selasa, dan ketibaan satu lagi CME dijangka boleh menyebabkan kejadian sama berulang hari ini.

Langit di selatan Mexico turut diterangi cahaya merah jambu dan hijau yang samar pada malam Selasa, mempersonakan orang ramai yang biasanya perlu berada lebih dekat ke kutub Bumi untuk menyaksikan fenomena itu.

Tahun lalu, ribut geomagnet tahap lima berlaku buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, menghasilkan pemandangan Cahaya Utara dan Selatan yang menakjubkan.

Bagaimanapun, ribut suria yang kuat bukan sekadar membawa pertunjukan cahaya yang indah, ia juga boleh mengganggu sistem komunikasi, menyebabkan kerosakan satelit, serta membebankan grid kuasa elektrik.

Disebabkan risiko daripada fenomena suria minggu ini, syarikat angkasa milik pengasas Amazon, Jeff Bezos — Blue Origin — terpaksa sekali lagi menangguhkan pelancaran roket New Glenn.

Orang ramai yang ingin menyaksikan aurora disarankan mencari kawasan langit yang gelap dan jauh dari cahaya bandar, selain membawa kamera atau telefon pintar, kerana cahaya aurora mungkin hanya dapat dirakam melalui foto pendedahan berpanjangan jika tidak kelihatan dengan mata kasar. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Fung-wong landa Taiwan
Next: Saudia Group perkenal “Coolest Ihram” pertama di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.