Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ribut: Semua pokok rapuh berhampiran rumah, kabel utiliti perlu ditebang – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Ribut: Semua pokok rapuh berhampiran rumah, kabel utiliti perlu ditebang – Awang Tengah

Utusan Sarawak 7 months ago

SUMBANGAN ...salah seorang mangsa ribut menerima sumbangan dari Pusat Khidmat Parti PBB Cawangan Bukit Sari daripada Awang Tengah dan Henry Sum Agong.

LAWAS: Semua pokok yang tidak kukuh berhampiran rumah dan kabel utiliti perlu ditebang demi keselamatan manusia dan harta benda pada musim cuaca yang tidak menentu sekarang.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini termasuk talian elektrik dan telefon yang sesetengahnya sudah bersentuhan antara satu sama lain.

“Semua ini harus ditebang atau dicantas. Kadangkala berlaku gangguan elektrik dan bekalan air kerana perkara ini.

“Semua ini kerana perubahan cuaca sekarang sudah mencapai peringkat krisis cuaca yang semakin tidak menentu dan sukar diramal.

“Sekarang bukan setakat perubahan iklim sebaliknya dilihat sebagai krisis iklim atau cuaca,” katanya pada majlis penyerahan bantuan mangsa ribut di Majlis Daerah Lawas petang semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong.

Seramai 20 orang menerima bantuan mangsa ribut untuk kediaman dan 10 orang penerima bantuan peralatan perniagaan penjaja kecil yang rosak akibat angin ribut di Lawas baru-baru ini.

Awang Tengah turut menyampaikan sumbangan pendidikan dari Biro Pendidikan Pusat Khidmat Parti PBB Cawangan Bukit Sari kepada pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Selain itu beberapa pengusaha tanaman bunga hiasan yang dibeli oleh Majlis Daerah Lawas(MDL) turut menerima bayaran MDL.

Continue Reading

Previous: Industri semikonduktor mempunyai masa depan cerah, untuk diceburi
Next: Projek bekalan air sepanjang jalan Labang-Tubau bernilai RM130.6 juta, siap 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.