Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut salji memaksa banyak penerbangan di lapangan terbang Jeju terjejas
  • GLOBAL

Ribut salji memaksa banyak penerbangan di lapangan terbang Jeju terjejas

Utusan Sarawak 3 months ago

Salji lebat, angin kencang dan ricih angin menjejaskan penerbangan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju

JEJU: Salji lebat dan angin kencang menjejaskan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, pintu masuk ke Pulau Jeju di selatan negara itu, pada Jumaat, mengakibatkan pembatalan penerbangan secara besar-besaran, lapor agensi berita Yonhap.

Setakat 3 petang, 102 penerbangan perlepasan domestik, 121 penerbangan ketibaan domestik dan 16 penerbangan antarabangsa yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Jeju telah dibatalkan, menurut pegawai lapangan terbang.

Selain itu, 25 ketibaan domestik, 21 perlepasan domestik dan satu penerbangan antarabangsa mengalami kelewatan, dengan kira-kira 15,000 pelancong terkandas di pulau itu akibat gangguan penerbangan.

Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.

Dengan amaran angin kencang dan ricih angin dikeluarkan untuk lapangan terbang Jeju, ribut salji sekali-sekala menyebabkan gangguan terhadap operasi lapangan terbang, menurut pegawai.

Mereka turut menjelaskan pembatalan penerbangan turut dipengaruhi oleh salji lebat di lapangan terbang wilayah lain. – Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Penyelidik Australia dapati tiada kaitan telefon bimbit dengan kanser
Next: Pesawat terhempas ditemukan di Alaska

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.