Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut salji di Gunung Everest: Seorang pendaki dilaporkan maut, ratusan dipindahkan
  • GLOBAL

Ribut salji di Gunung Everest: Seorang pendaki dilaporkan maut, ratusan dipindahkan

Utusan Sarawak 3 days ago
GUNUNG Everest.

ANKARA: Sekurang-kurangnya seorang pendaki dilaporkan maut selepas ribut salji melanda Tibet dan Qinghai pada hujung minggu lalu manakala operasi menyelamat bagi memindahkan ratusan orang dari cerun timur Gunung Everest masih diteruskan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media China, hari ini.

Penyiar rasmi China, CCTV melaporkan seorang pendaki meninggal dunia akibat hipotermia dan penyakit altitud pada Ahad di kawasan Laohugou di wilayah Qinghai.

Hampir 1,000 orang terkandas di kawasan itu selepas ribut salji secara tiba-tiba menutup laluan dan meruntuhkan khemah.

Setakat Isnin, seramai 137 individu yang terkandas telah berjaya dipindahkan dalam keadaan stabil, manakala 350 pendaki yang terkandas di khemah induk di cerun timur gunung tertinggi dunia itu telah selamat tiba di pusat penyelamat.

Pihak berkuasa tempatan berkata mereka juga telah berjaya menghubungi lebih 200 individu lain yang dijangka akan dibawa pulang dengan selamat.

Kira-kira 300 anggota penyelamat dengan bantuan dua dron sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan Laohugou, namun salji yang berterusan menjadikan usaha itu “amat mencabar”.

Laohugou terletak pada ketinggian lebih 4,000 meter dari paras laut.

Ratusan pendaki turut dilaporkan terkandas di cerun timur Gunung Everest di Tibet pada hujung minggu.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perdana Menteri Perancis Lecornu letak jawatan
Next: 137 pendaki terperangkap akibat salji lebat di barat laut China dipindahkan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.