Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat melanda seluruh negara hingga 6.00 petang ini
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat melanda seluruh negara hingga 6.00 petang ini

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda  seluruh negara hingga 6.00 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat ialah Perlis,  Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak,  Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Selain itu, Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).

Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). – Bernama

Continue Reading

Previous: Perluasan perlindungan Perkeso langkah progresif lindungi pekerja rentas sempadan – Pakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.