Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 8.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 4.30 petang tadi memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Selain itu, turut terjejas ialah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).

Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Mersing di Johor juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Cuaca sama juga dijangka melanda Sabah membabitkan Pedalaman, pantai barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat), serta Wilayah Persekutuan Labuan.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JPPM nafi campur tangan urusan dalaman OUNA
Next: Ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching juara Baginda Cup ke-8

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.