Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat hampir semua negeri hingga 6.00 petang ini
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat hampir semua negeri hingga 6.00 petang ini

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga jam 6.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Semenanjung ialah seluruh Johor dan Perlis, serta Kedah membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman), serta Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Ribut petir turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu dan Mukah.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan sedia pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi lebih meruncing – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.