Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat diramal di lapan negeri hingga 5.00 petang ini
  • NASIONAL
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat diramal di lapan negeri hingga 5.00 petang ini

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5.00 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan di Kedah yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Di Sarawak membabitkan Bahagian Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) sementara di Sabah melibatkan Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung dalam tempoh 20 hingga 24 November berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri di Semenanjung.

Ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan proses pengundian akan tamat pada 6.00 petang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Elak mengundi petang, mungkin hujan 
Next: 11 pusat mengundi di Baram digantung 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.