Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Hampir semua negeri di seluruh negara dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2.30 petang memaklumkan di bahagian utara, negeri terlibat ialah Kedah, iaitu di daerah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Bagi Perak, kawasan yang terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Di pantai timur, seluruh negeri Pahang dijangka terjejas, manakala Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, sementara di Kelantan melibatkan Gua Musang.

Cuaca sama turut diramal melanda Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga diramal mengalami keadaan cuaca sama.

Di Sarawak, kawasan yang terjejas ialah Limbang, manakala di Sabah pula amaran dikeluarkan bagi kawasan pedalaman melibatkan Nabawan dan Keningau, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Kudat (Pitas).

-Bernama  

Continue Reading

Previous: KUSKOP rancang perluas skim pembiayaan khas sempena perayaan utama
Next: Bahan mentah seluruh negara cukup sempena Tahun Baharu Cina, menjelang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.