Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara malam ini
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara malam ini

Utusan Sarawak 20 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga 9.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.30 petang ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),

Kawasan terlibat di Perak meliputi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang serta Kuala Krai.

Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Kuala Lumpur.

Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Kuching, Serian serta Sibu (Sibu dan Kanowit), manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang terpesona saksikan teater ‘Rentap – Battle of Bukit Sadok’
Next: Aksi santai Premier Sarawak naik jet ski tarik perhatian penonton Regata Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.