Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dengan jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Di Pulau Pinang, kawasan diramal terjejas ialah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Di Kelantan kawasan yang dijangka terkesan ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu, amaran membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang, cuaca buruk diramal di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut, sementara di Selangor melibatkan Hulu Langat diikuti Negeri Sembilan meliputi kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Selain itu, amaran berkenaan turut membabitkan Johor di Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan  Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan Beaufort, Tawau (Tawau dan Semporna) serta Sandakan (Tongod). 

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga petang ini
Next: Pengunjung taman laut diwajibkan bawa pulang sampah mulai 1 Januari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.