Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 7.00 malam ini
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 7.00 malam ini

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri selain Putrajaya dan Labuan hingga 7.00 malam ini.

Berdasarkan amaran yang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.45 petang ini, cuaca buruk itu dijangka melanda Perak melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Jeli dan Kuala Krai) serta Port Dickson di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) dan Johor meliputi daerah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 5,000 insiden siber dilaporkan sembilan bulan pertama tahun ini
Next: Anak Bung Moktar sah bertanding kerusi Parlimen Kinabatangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.