
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda ibu negara, Putrajaya dan 10 negeri lain hingga 4.00 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perlis, Pulau Pinang, Perak, dan Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun).
Amaran sama turut membabitkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut dan Bentong), Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah), serta Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah. – Bernama