Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sarawak hingga 9.00 malam ini

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 9.00 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Perlis, Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).

Amaran sama turut dikeluarkan di Kuala Lumpur, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) serta Johor (Kulai dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

Sementara itu di Sarawak, cuaca sama dijangka melanda Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri dan Limbang.

Labuan turut berada di bawah amaran berkenaan. – Bernama