Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini 

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan petang ini, lokasi di Kedah yang dijangka mengalami cuaca itu ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan HIlir Perak, Perak. 

Cuaca sama diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor manakala Sarawak melibatkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

— BERNAMA

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam