KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 5.00 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terjejas ialah Perlis, Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap; Perak di kawasan Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak; dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong serta Rompin.
Amaran sama turut dikeluarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Miri (Subis, Telang Usan dan Miri), manakala di Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau dan Semporna).
Labuan turut berada di bawah amaran berkenaan. – Bernama


