
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 7.00 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan dikeluarkan pada 4.00 petang tadi, MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Melaka dan Johor, manakala di Kedah kawasan terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran sama turut melibatkan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Negeri lain ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).
Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Sri Aman serta Sibu (Sibu dan Selangau), manakala di Sabah pula kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Nabawan) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan). – Bernama