Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir diramal landa beberapa negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir diramal landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Terengganu, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Terengganu adalah Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit, Song serta Bukit Mabong.

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort serta Tawau.

Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kencang, yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Saranan kuasai 30 tanda BIM untuk perkhidmatan awam lebih inklusif
Next: 61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta dijadual pulang malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.