TETAP BEKERJA… Pekerja tetap bekerja semasa ribut pasir di Wilayah Diyala Iraq walaupun tahap penglihatan semakin kurang jelas. • Foto AFP
BAGHDAD: Satu lagi ribut pasir menggelapkan langit Iraq dan menyebabkan penduduk setempat sukar untuk bernafas, tetapi pekerja penghantaran motosikal Baghdad, Milad Mitti tidak mempunyai kemewahan untuk terlepas kerja seharian.
Mitti yang berusia 30 tahun itu berjuang dalam kekecewaan, memakai cermin mata dan selendang untuk menutup mulut dan hidungnya.
Iraq kini menghadapi cabaran persekitaran baharu pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak pertengahan April, Iraq mengharungi puluhan ribut debu yang sering menyelubunginya.
Ribuan penduduk dikejarkan ke hospital setakat ini dan lapangan terbang sekali lagi terpaksa menangguhkan penerbangan selama berjam-jam kerana jarak penglihatan yang lemah.
Kebanyakan rakyat Iraq tidak pernah peduli dengan topeng muka ketika wabak Covid-19 sedang berlaku, tetapi melakukan kerana kepentingannya.
“Ini mungkin tahun pertama Iraq mengalami ribut pasir yang begitu banyak,” kata Mitti di dataran sibuk dengan suhu mencecah 40 darjah celsius.
“Ia sangat sukar untuk dilihat. Sesak nafas. Panas. Anda perlu minum jus dan cecair untuk melindungi diri,” katanya.
Seorang lelaki yang sudah berkahwin memberitahu dia bergantung pada pekerjaan yang membayarnya kira-kira AS$600 sebulan.
Pada Mei lalu, ribut pasir menyebabkan sekitar 10,000 orang dihantar ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan dan meragut sekurang-kurangnya satu nyawa.
Kebanyakan pesakit adalah warga emas atau menghidap asma, penyakit pernafasan lain atau penyakit jantung, kumpulan yang paling berisiko.
“Selepas ribut debu pada Ahad lalu, lebih 500 orang dikejarkan ke hospital di seluruh negara kerana masalah pernafasan,” kata Jurucakap Kementerian Kesihatan, Seif al-Badr pada Isnin.
Di hospital yang terletak di Baghdad, doktor Seif Ali Abdel-Hamza melihat empat pesakit pada Ahad lalu selepas dilanda ribut pasir beberapa jam dan bukannya beberapa hari.
“Semakin kuat ribut seperti yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, semakin banyak kes sesak nafas akan berlaku.
“Majoriti pesakit menghidap penyakit kronik, seperti asma atau bronkitis alahan, majoritinya adalah warga emas,” kata ketua penduduk di Hospital al-Kindy.
Sesak Nafas
Iraq yang kaya dengan minyak disenaraikan sebagai salah satu daripada lima negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim dan penggurunan, faktor utama yang mendorong ribut pasir.
“Dalam tempoh dua dekad akan datang, ia boleh menjangkakan 272 hari berdebu setahun dan ini diunjurkan melepasi paras 300 hari menjelang pertengahan abad,” kata seorang pegawai kementerian alam sekitar.
Untuk memerangi fenomena itu, pihak berkuasa berkata, mereka mempertimbangkan untuk menanam tumbuhan hijau di sekitar bandar.
Bagaimanapun, negara dengan 41 juta penduduk, walaupun sungai Tigris dan Euphrates yang besar, juga mengalami kekurangan air dan hujan yang sedikit.
“Sebelum ini, terdapat tanaman hijau di sekitar Baghdad. Jika kita menanam semula, ia akan sangat berguna,” kata juruelektrik, Razzak Jassem, 35.
Membidas salah urus kerajaan, beliau mengecam kegagalan kerajaan dan menyebaban berbilion-bilion yang dibelanjakan untuk ‘perkara karut’.
“Setiap kali ribut berakhir, anda perlu membasuh seluruh rumah. Tidak kira berapa banyak penapis rumah anda, habuk akan masuk,” ujarnya sambil memberitahu perkara yang paling teruk ialah apabila anda terpaksa bekerja semasa ribut pasir.
“Anda guna topeng tetapi mengganggu anda. Anda sesak nafas, topeng ditanggalkan. Tetapi, apabila anda tanggalkan (topeng), ada habuk yang anda akan sedut,” ujarnya sambil memberitahu beliau hanya berhenti bekerja jika nyawanya dicabut. -AFP