Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ribut kuat, tiga rumah terjejas
  • TEMPATAN

Ribut kuat, tiga rumah terjejas

Utusan Sarawak 5 years ago
MAKLUMAT… Pihak bomba mengambil maklumat daripada penduduk rumah panjang
berkenaan kejadian ribut kencang.

EARK ANEK

BINTANGOR: Ribut kencang yang melanda Rumah Dinggai, Sungai Amut, Pakan mengakibatkan tiga pintu dari 20 pintu rumah terjejas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, atap tiga pintu rumah tersebut telah diterbangkan angin semasa kejadian ribut berlaku.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.18 pagi.

“Seramai tiga anggota bomba dan diketuai oleh saya selaku komander operasi bergegas ke rumah panjang tersebut.

“Kami tiba dilokasi pada 9.24 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Ujarnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian ribut kencang tersebut.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba hanya mengambil maklumat kawasan yang terjejas untuk laporan kepada jawatankuasa pengurusan bencana daerah.

“Menurut Tuai Rumah Dinggai, kejadian ribut kencang ini berlaku pada jam 4.30 petang Jumaat (8 Mei),” ujarnya.

Tambahnya, turut berada di lokasi ialah tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua kakitangan Pejabat Daerah Pakan dan dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Continue Reading

Previous: Bas bawa pelajar UNIMAS disanitasi
Next: PKP: Jualan kuih-muih terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.