Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut kuat landa New Zealand, ganggu penerbangan ribuan terputus bekalan elektrik
  • GLOBAL

Ribut kuat landa New Zealand, ganggu penerbangan ribuan terputus bekalan elektrik

Utusan Sarawak 4 hours ago
AIR banjir menutupi jalan raya selepas hujan lebat dan angin kencang di Puketotara, wilayah Waikato, New Zealand, baru-baru ini.

NEW ZEALAND: Hujan lebat dan angin kencang pada Isnin mengganggu perkhidmatan penerbangan serta menyebabkan ribuan premis terputus bekalan elektrik di seluruh Pulau Utara New Zealand, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan.

Lebih 30,000 premis terputus bekalan elektrik selepas angin kencang menumbangkan pokok dan talian kuasa elektrik di sebahagian besar kawasan selatan Pulau Utara, menurut Radio New Zealand (RNZ).

Pembekal elektrik Powerco melaporkan kira-kira 23,000 gangguan bekalan di seluruh rangkaiannya, termasuk sekitar 10,000 di wilayah Wellington sahaja.

Manawatu-Whanganui merupakan antara wilayah paling teruk terjejas dan kini berada di bawah perintah darurat.

LELAKI mengambil barang dari kenderaan yang terjunam dari bahagian jalan yang runtuh susulan hujan lebat dan angin kencang di Puketotara, wilayah Waikato, New Zealand, baru-baru ini.

Pemindahan sedang dijalankan di Lincoln Road di Masterton berikutan risiko pokok tumbang.

Penolong Komander Wairarapa Ian Wright menyifatkan malam yang sibuk dengan panggilan kecemasan berkaitan cuaca yang masih berterusan, sambil memberi amaran bahawa pokok tumbang kekal sebagai bahaya utama.

Air New Zealand membatalkan penerbangan keluar dan masuk dari beberapa pusat utama termasuk ibu negara, Wellington, berikutan angin kencang.

“Keselamatan adalah keutamaan dan kami terus memantau keadaan dengan teliti, dengan angin dijangka reda lewat pagi ini apabila kami menjangka dapat menyambung semula perkhidmatan,” kata ketua pegawai operasi Alex Marren.

Lima daerah iaitu Manawatu, Rangitikei, Tararua, Waipa dan Otorohanga kini berada di bawah perintah darurat.

Tiupan angin mencecah sehingga 240 kilometer sejam di pantai timur di selatan Pulau Utara, termasuk di Cape Turnagain, manakala kawasan tanah tinggi Wellington merekodkan tiupan sehingga 190 km/j dan sekitar 130 km/j di bandar itu.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 11 maut, tujuh cedera bas berlanggar dengan trak di Nigeria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.