
ISTANBUL: Ribut Johannes yang melanda rantau Nordic sejak hujung minggu lalu menyebabkan tiga orang maut dan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik hari ini, lapor Anadolu Ajansi.
Tiga individu maut di Sweden selepas dihempap pokok tumbang manakala lebih 15,000 isi rumah masih terputus bekalan elektrik pada pagi Isnin, walaupun ribut itu dilaporkan mula reda, menurut penyiar SVT.
Keadaan serupa dilaporkan berlaku di barat daya dan barat Finland apabila lebih 33,000 pengguna masih mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut penyiar Yle.
Ribut berkenaan dijangka menyebabkan kerosakan bernilai ratusan ribu euro, menurut Persatuan Pengurusan Hutan di wilayah Ostrobothnia Selatan dan Tengah.
Di Norway, salji tebal menyebabkanpenutupan jalan dan kelewatan perjalanan di bahagian utara negara itu manakala beberapa laluan pergunungan di selatan dijangka ditutup sepanjang hari.
-Bernama