Ribut jejas persiapan Sepanyol, Argentina menjelang final

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Hujan lebat dan ribut petir menjejaskan persiapan Argentina dan Sepanyol menjelang final Piala Dunia FIFA esok hari (waktu Malaysia) di New Jersey, lapor Xinhua.

Sepanyol terpaksa membatalkan sesi latihan yang dijadualkan pada Sabtu di Padang Latihan Melanie Lane, New Jersey, selaras dengan protokol keselamatan Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Argentina pula memulakan sesi latihan terakhir mereka lewat 45 minit daripada jadual di Morristown, New Jersey.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran ribut petir dan banjir kilat di sekitar kawasan metropolitan New York dan New Jersey pada Sabtu.

Agensi itu meramalkan cuaca cerah pada Ahad dengan suhu sekitar 29 darjah Celsius. – Bernama