Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut Erminio landa Greece
  • GLOBAL

Ribut Erminio landa Greece

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR menunjukkan suasana bandar Ierapetra semasa ribut Erminio di Pulau Crete, Greece semalam. Foto AFP

ATHENS:  Ribut Erminio melanda Greece semalam, mengakibatkan gangguan pengangkutan secara meluas, kerosakan infrastruktur serta menjejaskan kehidupan harian, lapor Xinhua.

Pulau Crete di selatan Greece antara kawasan paling terjejas, dengan angin kencang mencecah 10 hingga 11 pada skala Beaufort, disusuli hujan lebat serta debu Sahara paling buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menyebabkan jarak penglihatan merosot dengan ketara dan memaksa sekolah ditutup, menurut penyiar nasional Greece, ERT.

Di Poros, banjir menukar jalan raya menjadi arus deras dan menyebabkan sebuah jambatan runtuh, sekali gus mendorong pihak berkuasa menutup sekolah sebagai langkah berjaga-jaga.

Di kawasan lebih luas Athens, kejadian pokok tumbang, jalan dinaiki air dan gangguan lalu lintas turut dilaporkan, dengan pasukan bomba menerima lebih 130 panggilan kecemasan.

Perkhidmatan pengangkutan turut terjejas.

Angin kencang memaksa perkhidmatan feri digantung termasuk laluan Rio-Antirrio di barat Greece, manakala penerbangan di beberapa wilayah termasuk Chania dan Heraklion di selatan Crete dibatalkan atau dilencongkan berikutan jarak penglihatan yang rendah.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa risiko banjir dan bahaya berkaitan mungkin meningkat dalam tempoh beberapa jam akan datang ketika ribut itu terus menjejaskan beberapa wilayah. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 48 orang, 73 cedera
Next: Gunung Dukono di Maluku Utara, Indonesia, meletus  lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.